Tuesday 7 March 2017

'CMC' dan kehidupan + Social Presence Theory

'Computer-Mediated Communication' ataupun komunikasi yang menggunakan komputer sebagai perantara adalah satu komunikasi yang popular pada abad ke-21. Kemunculan laman sosial seperti Facebook dan Twitter,menjadi kan 'CMC' ini semakin popular. Secara amnya, semua manusia pasti akan terlibat dengan komunikasi atas talian seperti mesej secara talian, Instant messaging, dan Direct Messaging adalah jenis-jenis komunikasi yang menggunakan komputer.

Saya memang banyak terlibat dengan komunikasi sebegini. Pada zaman sekarang, masyarakat seolah ketagih untuk menggunakan komunikasi sebegini. Mereka lebih gemarkan komunikasi sebegini, kerana mereka bebas untuk menulis dan bercakap. Tetapi dalam kita melihat kelebihan komunikasi menerusi komputer ini, terdapat juga keburukan komunikasi sebegini.
Jika mengikut pada pengalaman yang pernah saya alami, komunikasi sebegini boleh membuat ramai rakan siber saya salah faham akan mesej yang cuba disampaikan. Sedia maklum, komunikasi sebegini amat berbeza dengan komunikasi yang secara berdepan.

Saya percaya bahawa En. Jamali (pensyarah saya di UNIMAS) ada menerangkan bahawa teori “Social Presence Theory” merujuk kepada tahap menonjol seseorang yang terlibat dalam berinteraksi dan juga boleh disebabkan oleh akibat yang lain. Teori ini diperkenalkan oleh Short, Williams & Christie (1976). Kiranya, teori ini menjelaskan bagaimana seseorang individu itu merasakan physical presence antara dirinya dengan orang lain. Dalam hal ini, saya ingin menjelaskan bahawa teori ini menekankan penglibatan media sebagai kayu ukur untuk kita kaji tahap social presence seseorang itu. Bagi pihak pengkaji juga, mereka melihat aspek-aspek sesuatu media itu dalam usaha menonjolkan kesempurnaan berinteraksi. Hipotesis yang dibuat adalah:
===============================================

                    More possible (according to the
physical, visual & audio of a media)

                                        |
                                        |
                                       ˅

                    More potential for “presence”


===============================================

Penyampaian interaksi yang sempurna adalah melalui bersemuka. Namun, jarak akan menjadi penghalang untuk bersemuka lantas kita menggunakan kaedah CMC iaitu dengan penggunaan alat-alat teknologi seperti telefon mudah alih, komputer, dan faks.


1.       Jika kita menggunakan faks atau emel untuk berinteraksi, maka kita hanya akan menggunakan tulisan. Oleh itu, potensi untuk menonjolkan seseorang itu secara fizikal (social presence) adalah sangat rendah. Hal ini menunjukkan bahawa penyampaian interaksi adalah sangat tidak sempurna akibat ketiadaan audio dan visual.


2.       Jika kita menggunakan telefon untuk berinteraksi, maka adanya audio dalam berinteraksi dan penyampaiannya adalah lebih jelas daripada menggunakan tulisan kerana kita mampu mengenal pasti dan menggambarkan orang yang ditelefon seperti bercakap secara bersemuka (namun tanpa visual) atas nada percakapannya untuk meneka emosinya. Oleh itu, potensi untuk melahirkan “social presence” adalah rendah namun lebih baik daripada penggunaan alat peranti yang mengharapkan pada tulisan sahaja.


3.       Potensi untuk mewujudkan “social presence” adalah lebih tinggi jika seseorang individu menggunakan alat peranti teknologi yang membolehkan visual interaktif seperti aplikasi Skype, Face Time, VOOV, dan sebagainya. Hal ini kerana kedua-dua aspek (audio dan visual) adalah terlibat semasa berinteraksi. Kita mampu melihat ekspresi muka dan juga mendengar intonasi percakapan orang tersebut. Oleh itu, kita mampu merasakan keberadaan orang tersebut lebih dekat di sisi berbanding dua contoh situasi yang sebelumnya. Maka, kadar “social presence” adalah tinggi.


Jika melihat pada teori Social Presence, komunikasi akan menjadi lebih efektif sekiranya kehadiran mesej itu difahami, dan komunikasi secara berdepan mempunyai kehadiran dan kefahaman mesej yang tinggi berbanding komunikasi menerusi komputer sebegini (menulis). Ini yang membuat rakan siber selalunya akan salah faham, kesunyian, dan mungkin akan timbul pergaduhan.


Bagaimana dengan anda? Adakah anda juga mengalami perkara yang sama seperti saya dalam konteks ini? Apa pendapat anda berkenaan komunikasi sebegini?

7 comments:

  1. komunikasi menerusi komputer atau medium elektronik seperti facebook ternyata memberi impak yag signifikan. tetapi apakah kita menggunakan teknologi ini sebaiknya. dunia siber memerlukan teknologi untuk mencapai kepuasan seseorang individu untuk melayari internet atau menghabiskan masa dengan media sosial. dunia globalisasi kini memang mengalami perkara seperti konteks di atas. dunia kehidupan pelajar misalnya banyak dipengaruhi medium ini dalam rutin harian mereka. akan tetapi masih ada yang bijak menggunakan teknologi ini demi mencapai kepuasan diri dan berkomunikasi . jadi manfaatkan teknologi kita untuk terus berkomunikasi secara lebih bijak.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Pada pendapat saya, komunikasi menggunakan CMC (Computer Mediated Communication) mempunyai kebaikan dan keburukan nya tersendiri.
    Kelebihan:
    Berkomunikasi menggunakan’ Instant Messaging’ sosial dapat menjimatkan masa.
    Contoh situasi, berkomunikasi semasa membuat kerja kumpulan.
    Untuk memudahkan komunikasi, kita menggunakan media yang memerlukan jaringan internet seperti 'IM' atau ‘YahooMessangger’ untuk membuat perbincangan di dalam kumpulan yang dibuat khas untuk ahli kumpulan yang tertentu sahaja.
    Untuk proses pengumpulan maklumat dan data, proses penukaran maklumat menggunakan perisisan seperti Microsoft Word ,Adobe In Design dan lain-lain.Ianya dapat dihantar melalui CMC. Secara tidak langsung, ia memudahkan proses pengumpulan maklumat yang menggunakan saiz besar.

    Keburukan:
    Saya bersetuju dengan pendapat anda tentang wujud salah faham jika berkomunikasi menggunakan CMC. Ini kerana, kadangkala, intonasi mesej yang ditulis boleh menimbulkan keraguan, kemarahan dan pergaduhan.
    Pada pendapat saya, untuk menggelakkan perkara sedemikian berlaku, kita seharusnya mengikut garis panduan atau mengamalkan etika yang betul ketika menulis sesuatu mesej sebelum disampaikan kepada orang lain.
    Kadangakala, sesetangah individu tidak sedar tentang etika dan sebagai nya kerana tidak sedar tentang penggunaan konotasi yang betul.
    Dan juga, tidak semesti nya mereka menggunakan huruf besar dripada mula sehingga akhir ayat mempamerkan emosi marah kepada orang lain.
    Sebagai contoh, Ali hendak memberitahu ibunya tentang masalah peribadi. Tetapi Ali menulis perkataan dalam saiz HURUF BESAR atau 'CAPSLOCK' untuk seluruh ayat.
    MAK, ALI DAH MALAS NAK BUAT KERJA SEKOLAH.
    Dari sudut IT : pengunaan CAPSLOCK atau Huruf Besar menunjukkan individu tersebut sedang marah.

    Secara konklusinya, CMC dapat memudahkan proses pertukaran dan penyebaran maklumat semsa tujuan pembelajaran. Walaubagaimanapun, ianya juga boleh disalah erti kerana penggunaan intonasi yang kurang tepat semasa menulis

    ReplyDelete
  4. yes, indeed it was true. Communication through computer mediated computer (CMC) has cause many miscommunication and misinterpretation. Too much of short form, emoji and different "slang" of writing type has make communication has become more harder to understand.

    Compared CMC with face-to-face communication, face-to-face communication allows people to see facial expression and able people express their emotion easily. Communication CMC has cause misinterpreting the message because individual cannot see other party expression.

    For an example, people will consider I was angry if I use a CAPS LOCK, but maybe I weren't angry, it just my phone is having problem and I cannot type it with a small letter. That it's. But people will consider my CAPS LOCK as if I was shouting at them. Also, CMC has make conversation less meaningful. "If people can use "lol" without even laughing surely they can use "I love you" without even loving" this quote explain that sometimes we type or reply to someone without really mean it. The idea of people are unable to see our real expression has make people saying things that they do not mean.

    -Tuan Ilham Fahima

    ReplyDelete
    Replies
    1. I am totally agree with Ilham Fahima as she said that computer mediated computer (CMC) with face-to face communication is more convenient than CMC without face-to-face communication. As we can see nowadays, people use more social media to communicate with each other thus, the CMC with face-to-face communication allow people to be in deep conversation than just CMC only and it can avoid the misinterpretation among people.

      Delete
  5. I rarely use social media website such as Facebook or Instagram but I do know how they work. Users posts stuff like pictures or videos and others comment on said post. Sometimes the comments can be nasty. Maybe the commenters think its funny but to some it can be offensive as well. Plus, to do in the social media itself is even more dangerous because it can be viral and everyone can see it. The poster, the commenters, and everyone involved will suddenly be in an unwanted spotlight. It can be embarassing for them or humiliating even when it got out of hand.

    So what I am trying to say is CMC is great for staying connected, yes. However, even if it is just some comments, or posts, please refrain from doing or even showing some negative behavior. It is easy to ruin someone's life in just one simple comment or post. It is all fun and games until someone got hurt.

    CMC can be the tool that shapes your life, or destroy it.

    ReplyDelete




  6. I am more curious about CMC and social presence theory as I dig more on this topic. Social presence theory is much fun on social media where the participants are able to experience higher social interaction, warm and welcoming. Thus, we all should know that learning is also social!
    We are all informed that social presence is the sense of being with another. It is very contextual (depending/relating to circumstances). This leads me to online learning. Online learning is one of the CMC + social presence theory mediated where communication is done 100% online. The social presence is seen through affective responses, cohesive responses and interactive responses. One of the example is participation in discussion forum. UNIMAS students are introduced with Morpheus. This online platform is aiding what has been thought in the classroom for further understanding. Both lecturers and students are able to put their additional materials and also assignment submission.
    What I am trying to say here, CMC + Social Presence theory are helping closing the gap, boundaries between students and knowledge from educational perspective.

    ReplyDelete